Jumaat, 12 Disember 2014

PENATARAN PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPPB)

Kepada,
Semua Pengetua dan Guru Besar
Daerah Kinta Selatan

Tuan,
PENATARAN PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPPB)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Dimaklumkan bahawa Penataran PPPB akan diadakan seperti ketentuan berikut :
       
               Tarikh : 17 Disember 2014 ( Rabu )
               Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
               Tempat : SJKC Wan Hwa 2, Menglembu

3. Sehubungan dengan itu, tuan diwajibkan hadir.

Sekian, terima kasih
         

Khamis, 11 Disember 2014

MESYUARAT PENATARAN SKPM DAN TAKLIMAT PENGURUSAN MODUL MP PROGRAM GEMILANG 2015 PENGETUA DAN GURU BESAR KINTA SELATAN

Kepada
Semua Pengetua dan Guru Besar
Daerah Kinta Selatan

MESYUARAT PENATARAN SKPM DAN TAKLIMAT PENGURUSAN MODUL MP PROGRAM GEMILANG 2015 PENGETUA DAN GURU BESAR KINTA SELATAN

Perkara di atas adalah dirujuk.

Maklumat Mesyuarat berkenaan adalah seperti di bawah :

Tarikh     : 15.12.2014 ( Isnin ) dan 16.12.2014 ( Selasa )
Masa     : 08.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat  : Hotel Tower Regency, Ipoh
Catatan : KEHADIRAN WAJIB

Sila muatturun surat panggilan dan jadual di bawah



Rabu, 10 Disember 2014

10.12.2014 : EBULK SPBT : URL BARU SISTEM EBULK SPBT

Semua,
Pengetua Sekolah Menengah dan Guru Besar Sekolah Rendah,
Daerah Kinta Selatan.

Tuan,
KEY-IN DATA BUKU TEKS SPBT KE DALAM SISTEM MAKLUMAT SPBT EBULK
Sukacita merujuk perkara di atas. Bersama ini di lampirkan surat dan url baharu bagi sistem EBULK SPBT.
2. Data buku kurang dan tercicir perlu di key-in di dalam MAKLUMAT BUKU - REKOD BUKU (ARUS PERDANA) di dalam sistem EBULK.
ID PENGGUNA : PEG. SPBT JIKA HILANG
KATA LALUAN : PEG. SPBT JIKA HILANG
Sila klik attachment di bawah.

Sekian dimaklumkan terima kasih.
UNIT HAL EHWAL MURID

PPD KINTA SELATAN 

10.12.2014 : TARIKH AKHIR PENYERAHAN BAUCAR KEWANGAN PENUTUPAN AKHIR TAHUN 2014

Pengetua / Guru Besar
Sekolah  Menengah dan Sekolah Rendah
Daerah Kinta Selatan

 Tuan,

TARIKH AKHIR PENYERAHAN BAUCAR KEWANGAN PENUTUPAN AKHIR TAHUN 2014

Adalah saya diarahkan merujuk kepada perkara di atas.

2.         Adalah dimaklumkan pejabat ini telah menerima buletin eSPKB dari Jabatan Akauntan Negara ANM.PK.P.P.600-5JLD.4(41) bertarikh 8 Disember 2014 , surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 tahun 2014 dan memo dari JPN Perak rujukan J.Pel. Pk.(AM) 5130 bertarikh 9 Disember 2014 adalah dirujuk.

3.         Dimaklumkan bahawa tiada tempoh Akaun Kena Bayar (AKB) bagi tahun 2014.Sehubungan itu pejabat ini telah mengambil keputusan menetapkan tarikh yang lebih awal seperti di Lampiran A untuk pihak tuan menyerahkan dokumen tuntutan ke pejabat ini bagi membolehkan kami menyemak dan memproses baucar bayaran melalui sistem eSPKB.

4.         Sebarang kegagalan pihak tuan mematuhi arahan, pejabat ini tidak akan bertanggungjawab sekiranya tuntutan tidak dapat diproses. Sehubungan dengan itu, kerjasama semua pihak dalam memastikan tarikh-tarikh akhir tersebut dipatuhi amatlah diharapkan. Adalah ditegaskan bahawa mana-mana pihak yang gagal mematuhi ketetapan tersebut tanpa sebab-sebab yang munasabah , pejabat ini berhak untuk menolak daripada membayar tuntutan tersebut.

5.         Kerjasama dari tuan amatlah dihargai bagi memastikan perbelanjaan tahun 2014 boleh dibuat pada tahun semasa bagi mencapai matlamat sifar AP58(a).

Sekian, terima kasih.

Muatturun Surat di bawah



10.12.2014:PENGURUSAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) AKHIR TAHUN/AWAL TAHUN

Semua,
Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah.
Semua,
Pengetua Sekolah Menegah,
Guru Besar Sekolah Rendah,
Daerah Kinta Selatan

Tuan,
PENGURUSAN SPBT : 1. PERSEDIAAN AWAL PERSEKOLAHAN 2015
                                        2. PENGURUSAN SISTEM FAIL DAN BORANG SPBT G
Dengan segala hormat saya merujuk perkara di atas. Bersama ini dilampirkan surat berkaitan untuk rujukan tuan.
Sila klik attachment di bawah.

Sekian,terima kasih.
UNIT HAL EHWAL MURID

PPD KINTA SELATAN

Jumaat, 5 Disember 2014

PENGAGIHAN NETBOOK 1MALAYSIA SUMBANGAN DARI SKMM KE SEKOLAH DAN PKG

Semua Ketua Pegawai Pendidikan Daerah,
Semua Pengetua / Guru Besar Sekolah Negeri Perak,

Tuan,

PENGAGIHAN NETBOOK 1MALAYSIA SUMBANGAN SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SKMM) KE SEKOLAH-SEKOLAH DAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Adalah dimaklumkan, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Oktober 2014 telah bersetuju bahawa program pengagihan Netbook 1Malaysia, netbook ini akan diagihkan ke sekolah dan ditempatkan di makmal komputer sekolah serta Pusat Kegiatan Guru (PKG). 

Untuk maklumat lanjut sila muat turun (KLIK PAUTAN DI BAWAH ) 


MAKLUMAT TAMBAHAN :
·        Senarai sekolah penerima akan dimaklumkan melalui e-mel rasmi sekolah (kodsekolah@1bestarinet.yes.my) beserta jadual penghantaran yang telah ditetapkan oleh pihak SKMM.
·        Mohon pihak sekolah merujuk kepada Garis Panduan Netbook bagi tatacara penerimaan, pengurusan dan penggunaan Netbook 1Malaysia.
·        Semua urusan pengagihan Netbook 1Malaysia adalah dibawah Bahagian Teknologi Pendidikan Perak (BTPN). Sila hubungi pegawai meja berikut :

AGIHAN NETBOOK 1 MALAYSIA UNTUK KPM
SENARAI NAMA PEGAWAI BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI (BTPN)
BTPN
JAWATAN
NAMA PEGAWAI
ALAMAT E-MEL
NO. TEL PEJABAT
NO. TEL BIMBIT
Perak
KPP
Dr Suhaimi bin Kadir 
05-292 4933
019-3868239
KU ICT
En. Noor Azman Shah bin Mohd Yussof
05-292 4933
019-5558316
PP
En. Megat Mohd Ridzuan bin Megat Noh
05-2924933
013-5818340

Selasa, 2 Disember 2014

HALA TUJU PPD KINTA SELATAN TAHUN 2015

Pengetua dan Guru Besar
Daerah Kinta Selatan

Tuan,

HALA TUJU PPD KINTA SELATAN TAHUN 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan akan mengadakan  program yang tersebut di atas seperti ketentuan berikut:
     
               Tarikh    : 10 Disember 2014 (Rabu)
               Masa     : 8.30 pagi
               Tempat  : Dewan Sultan Yussuf, SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah
               Pakaian : Pakaian Kerja

3.     Sehubungan itu, tuan diwajibkan hadir tanpa gagal.

4.      Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Hanizam bin Harun @ Isa, Penolong PPD (Menengah) di talian 019-5595989. Kerjasama tuan sangat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.