Selasa, 13 Januari 2015

Tarikh Penghantaran SG20 Tahun 2015


Semua Pengetua dan Guru Besar
Daerah Kinta Selatan 


Mohon muat turun lampiran untuk makluman dan tindakan tuan.

Sekian, terima kasih.

Selasa, 6 Januari 2015

6 JANUARI 2015 - LAPORAN ASET 2014



SEMUA PENGETUA & GURU BESAR
DAERAH KINTA SELATAN

PERINGATAN MESRA.

LAPORAN TAHUNAN PENGURUSAN ASET ALIH DAN STOR BAGI TAHUN 2014.

Merujuk kepada hebahan bertarikh 29 Disember 2014 Isnin dalam infoppks, dipohon sekolah berikut menghantar laporan berkenaan SEBELUM  jam 4.00 petang 7 Januari 2015 Rabu. 

1. SK GOPENG JLN ILMU
2. SK KUALA DIPANG
3. SK AIR HITAM LABU
4. SK SIPUTEH
5. SK TRONOH
6. SK CHANGKAT TIN
7. SK ULU GERUNTUM
8. SK POS DIPANG
9. SK SENTOSA
10.SK SERI JAYA
11.SK DE LA SALLE
12.SJKC BEMBAN
13.SJKC THUNG HON, TG TUALANG
14.SJKC SUNGAI DURIAN
15.SJKC YIN SING, MALIM NAWAR
16.SJKC SIN MIN, TRONOH MINES
17.SJKC CHUNG HUAH
18.SJKT KAMPAR
19.SJKT LADANG KAMPAR
20.SMK SENTOSA
21.SMK SULTAN YUSSUF
22.SMK KAMPAR
23.SMK IDRIS SHAH
24.SMK DATO' BENDAHARA CM YUSUF
25.SMK TRONOH.

Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

06.01.2015 : SURAT SIARAN MENGENAI PELAKSANAAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1 MALAYSIA TAHUN 2015

Semua Pengetua/Guru Besar,
Sekolah Negeri Perak.

Tuan,
SURAT SIARAN MENGENAI PELAKSANAAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA BAGI TAHUN 2015
Sukacita merujuk perkara di atas. Bersama ini dilampirkan surat berkaitan untuk tindakan tuan. Sila fahami dan patuhi GARIS PANDUAN yang dilampirkan semasa menguruskan bantuan tersebut. Keutamaan kepada murid yang terjejas dengan banjir.
Sila klik attachment di bawah.

Sekian terima kasih.

UNIT HAL EHWAL MURID


Rabu, 31 Disember 2014

LAPORAN PERISYTIHARAN HARTA DAN LAPORAN PENGLIBATAN POLITIK PEGAWAI AWAM BAGI TAHUN 2014

Semua 

Sekolah Daerah Kinta Selatan

Tuan/Puan,

LAPORAN PERISYTIHARAN HARTA DAN LAPORAN PENGLIBATAN POLITIK PEGAWAI AWAM BAGI TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya merujuk kepada surat KP(PP)SULIT 0163/6 Jld..4 (17) bertarikh 5 Disember 2014.

2.     Sehubungan dengan itu, dimohon kerjasama pihak tuan/puan untuk mengemukakan laporan tersebut ke PPD Kinta Selatan pada 2.1.2015 tanpa gagal. Sila muat turun lampiran diruang attachment dibawah.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan berikan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih

Sekian,


























Jumaat, 26 Disember 2014

EDARAN BUKU PENDIDIK BESTARI 2015.

Kepada 

 

Semua

Pengetua dan Guru Besar

Daerah Kinta Selatan.


Tuan.

EDARAN BUKU PENDIDIK BESTARI 2015.


Dimaklumkan bahawa buku Pendidik Bestari 2015 telah ada di PPD Kinta Selatan. Sehubungan itu, tuan/puan dikehendaki hadir ke PPDKS untuk mengambil buku berkenaan mengikut bilangan yang ditetapkan.


2.     Pengambilan buku berkenaan mulai 26.12.2014 hingga 30.12.2014 ( urusan waktu pejabat sahaja ). Sila berhubung dengan Encik Ayob bin Haron, Penyelia Sukan PPD Kinta Selatan.


Sekian, terima kasih

Rabu, 24 Disember 2014

MAKLUMAN : KWSP e CARUMAN MULAI JANUARI 2015

Ruj.Kami         :ANM.PK.P/P.600-5JLD.4(51)
Tarikh             : 23 Disember 2014

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/ Ketua Pusat Tanggunjawab
Y Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

NOTIS MAKLUMAN KWSP e-CARUMAN MULAI JANUARI 2015


Sila rujuk lampiran untuk maklumat lanjut. Sekian,terima kasih.



JANM NEGERI PERAK 




MAKLUMAT PERUBAHAN STATUS PEGAWAI AWAM BAGI TUJUAN POTONGAN CUKAI BERJADUAL (PCB)

Ruj.Kami :ANM.PK.P/P.600-5JLD.4(52)
Tarikh : 23 Disember 2014
Y Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

MAKLUMAT PERUBAHAN STATUS PEGAWAI AWAM BAGI TUJUAN POTONGAN CUKAI BERJADUAL (PCB)

Dengan hormatnya perkara di atas dan memo daripada Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP) bertarikh 15 Disember 2014 adalah dirujuk.

 2. Dimaklumkan bahawa pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menerima aduan daripada penjawat awam berkenaan PCB. Antara aduan yang dibangkitkan adalah berkaitan penjawat awam yang tidak dapat membuat penambahan atau pengurangan amaun PCB sekiranya berlaku perubahan status contohnya seperti tambahan anak dan lain-lain.

3. Berikutan itu, antara tindakan yang boleh diambil oleh PTJ/ Jabatan bagi membantu penjawat awam di bawah seliaan masing-masing adalah antaranya memastikan maklumat peribadi dikemaskini (contoh : bilangan tanggungan, kategori pekerja, nombor cukai pendapatan, status perkahwinan, tuntutan pelepasan). Bersama-sama ini dilampirkan Borang Mengemaskini Maklumat Peribadi Bagi Tujuan Pengiraaan PCB untuk tindakan selanjutnya. PTJ/ jabatan disarankan menghantar borang tersebut dan dikepilkan bersama-sama Borang Perubahan Gaji (SG20) bagi sebarang perubahan maklumat berkenaan PCB tersebut.

4. Untuk makluman, pembayaran zakat di luar sistem juga boleh diambil kira dalam pengiraan PCB dengan syarat resit rasmi tersebut adalah resit tahun semasa. Salinan resit berkenaan yang telah disahkan perlu dikepilkan bersama-sama borang SG20. Dilampirkan juga contoh SG20 bagi zakat luar sistem untuk tindakan selanjutnya.

5. Segala kerjasama Y Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

PENGARAH
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK