Rabu, 31 Disember 2014

LAPORAN PERISYTIHARAN HARTA DAN LAPORAN PENGLIBATAN POLITIK PEGAWAI AWAM BAGI TAHUN 2014

Semua 

Sekolah Daerah Kinta Selatan

Tuan/Puan,

LAPORAN PERISYTIHARAN HARTA DAN LAPORAN PENGLIBATAN POLITIK PEGAWAI AWAM BAGI TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya merujuk kepada surat KP(PP)SULIT 0163/6 Jld..4 (17) bertarikh 5 Disember 2014.

2.     Sehubungan dengan itu, dimohon kerjasama pihak tuan/puan untuk mengemukakan laporan tersebut ke PPD Kinta Selatan pada 2.1.2015 tanpa gagal. Sila muat turun lampiran diruang attachment dibawah.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan berikan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih

Sekian,


























Jumaat, 26 Disember 2014

EDARAN BUKU PENDIDIK BESTARI 2015.

Kepada 

 

Semua

Pengetua dan Guru Besar

Daerah Kinta Selatan.


Tuan.

EDARAN BUKU PENDIDIK BESTARI 2015.


Dimaklumkan bahawa buku Pendidik Bestari 2015 telah ada di PPD Kinta Selatan. Sehubungan itu, tuan/puan dikehendaki hadir ke PPDKS untuk mengambil buku berkenaan mengikut bilangan yang ditetapkan.


2.     Pengambilan buku berkenaan mulai 26.12.2014 hingga 30.12.2014 ( urusan waktu pejabat sahaja ). Sila berhubung dengan Encik Ayob bin Haron, Penyelia Sukan PPD Kinta Selatan.


Sekian, terima kasih

Rabu, 24 Disember 2014

MAKLUMAN : KWSP e CARUMAN MULAI JANUARI 2015

Ruj.Kami         :ANM.PK.P/P.600-5JLD.4(51)
Tarikh             : 23 Disember 2014

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/ Ketua Pusat Tanggunjawab
Y Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

NOTIS MAKLUMAN KWSP e-CARUMAN MULAI JANUARI 2015


Sila rujuk lampiran untuk maklumat lanjut. Sekian,terima kasih.



JANM NEGERI PERAK 




MAKLUMAT PERUBAHAN STATUS PEGAWAI AWAM BAGI TUJUAN POTONGAN CUKAI BERJADUAL (PCB)

Ruj.Kami :ANM.PK.P/P.600-5JLD.4(52)
Tarikh : 23 Disember 2014
Y Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

MAKLUMAT PERUBAHAN STATUS PEGAWAI AWAM BAGI TUJUAN POTONGAN CUKAI BERJADUAL (PCB)

Dengan hormatnya perkara di atas dan memo daripada Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP) bertarikh 15 Disember 2014 adalah dirujuk.

 2. Dimaklumkan bahawa pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menerima aduan daripada penjawat awam berkenaan PCB. Antara aduan yang dibangkitkan adalah berkaitan penjawat awam yang tidak dapat membuat penambahan atau pengurangan amaun PCB sekiranya berlaku perubahan status contohnya seperti tambahan anak dan lain-lain.

3. Berikutan itu, antara tindakan yang boleh diambil oleh PTJ/ Jabatan bagi membantu penjawat awam di bawah seliaan masing-masing adalah antaranya memastikan maklumat peribadi dikemaskini (contoh : bilangan tanggungan, kategori pekerja, nombor cukai pendapatan, status perkahwinan, tuntutan pelepasan). Bersama-sama ini dilampirkan Borang Mengemaskini Maklumat Peribadi Bagi Tujuan Pengiraaan PCB untuk tindakan selanjutnya. PTJ/ jabatan disarankan menghantar borang tersebut dan dikepilkan bersama-sama Borang Perubahan Gaji (SG20) bagi sebarang perubahan maklumat berkenaan PCB tersebut.

4. Untuk makluman, pembayaran zakat di luar sistem juga boleh diambil kira dalam pengiraan PCB dengan syarat resit rasmi tersebut adalah resit tahun semasa. Salinan resit berkenaan yang telah disahkan perlu dikepilkan bersama-sama borang SG20. Dilampirkan juga contoh SG20 bagi zakat luar sistem untuk tindakan selanjutnya.

5. Segala kerjasama Y Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

PENGARAH
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK


Selasa, 23 Disember 2014

TINDAKAN SEGERA : PENYEMAKAN LAPORAN BONUS BAGI TAHUN 2014

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

Semua Pengetua & Guru Besar,
Sekolah Menengah & Rendah,
PPD Kinta Selatan.

Tuan,
PEMBAYARAN IMBUHAN TAHUNAN / BAYARAN  KHAS PRESTASI / BAYARAN KHAS CONTRACT FOR SERVICE BAGI TAHUN 2014.

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Adalah dimaklumkan, pejabat ini telah menerima arahan dari JANM berkaitan perkara di atas. Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran bagi tujuan di atas akan dibayar pada 22 Januari 2015 bersekali dengan bayaran gaji bulan Januari 2015

3.        Sehubungan itu, pihak sekolah dikehendaki mengambil laporan bagi tujuan tersebut di Unit Kewangan PPDKS bermula jam 12.00 tengahari pada 24 Disember 2014. Laporan juga akan diberikan melalui email . Sekiranya tuan tidak menerima laporan tersebut, sila berhubung dengan Unit Kewangan PPDKS untuk mengemaskini email sekolah tuan. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:-

3.1 Sila semak amaun Imbuhan Tahunan di Laporan Perkiraan Bonus. Sekiranya  terdapat sebarang perubahan, sila buat pindaan sewajarnya pada hardcopy. Sila potong dan catatkan amaun yang betul dengan menggunakan pen berdakwat merah.

3.2.Bagi pegawai lantikan baru yang gajinya tidak sempat dimasukkan ke dalam sistem payroll, pembayaran bolah dilakukan dengan menggunakan baucar berasingan.

3.3.Bagi kes pegawai bertukar keluar (T42) dan bersara (T49) yang mana gajinya masih diproses dalam payroll di Jabatan lama, bayaran hendaklah dibayar oleh Jabatan lama menggunakan baucar berasingan.

3.4. Bayaran Khas kepada individu Contract For Service akan diberikan sebanyak setengah bulan bayaran perkhidmatan kepada maksimum RM 2,000 dan minimum RM 500 tertakluk kepada syarat-syarat ditetapkan. Sila rujuk surat dari Kementerian Kewangan KK/BP/DS.10(s)10/79/28(S.K.1/2014)(7) bertarikh 26 November 2014 berkenaan Bayaran Khas Contract For Service.

4.         Laporan perkiraan bonus yang telah lengkap disemak, dipinda dan dibuat pengesahan oleh Pengetua / Guru Besar perlu dihantar terus ke Unit Kewangan PPDKS selewat-lewatnya jam 4.00 petang pada 29 Disember 2014 (Isnin) secara hardcopy. Mohon buat pengesahan ‘disediakan oleh’  Pembantu Tadbir dan  ‘Disahkan Oleh’ Pengetua  / Guru Besar. Sila sertakan penyata pengiraan dan slip gaji (sekiranya terdapat perubahan). 

5.         Sekiranya hardcopy bagi Laporan Perkiraan Bonus tidak dihantar tepat pada masanya, kami akan beranggapan bahawa laporan tersebut adalah tepat dan akan menggunakan maklumat pembayaran tersebut untuk memproses bayaran imbuhan tahun 2014.

Sekian, harap maklum.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(NORA BINTI ISMAIL)

Penolong Akauntan , PPD Kinta Selatan


PEMAKAIAN BAJU SERAGAM ALA KORPORAT UNTUK KUMPULAN PELAKSANA

Semua

Sekolah Daerah Kinta Selatan

Tuan,

PEMAKAIAN BAJU SERAGAM ALA KORPORAT UNTUK KUMPULAN PELAKSANA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.     Sehubungan itu, mohon pihak sekolah muat turun surat dibawah bagi maksud yang tersebut.

Sekian, terima kasih.












































































































LAPORAN ASET 2014


Pengetua / Guru Besar
Daerah Kinta Selatan

Tuan,
LAPORAN TAHUNAN PENGURUSAN ASET ALIH DAN STOR BAGI TAHUN 2014.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Sukacita diminta pihak sekolah menghantar Laporan Tahunan Pengurusan Aset Alih dan Stor bagi tahun 2014. Antara laporan  berkenaan:
          a) Laporan harta modal dan inventori tahun 2014 (KEW PA-8)
          b) Sijil tahunan pemeriksaan harta modal dan inventori tahun 2014 (KEW PA-12)
          c) Laporan pelupusan aset alih kerajaan tahun 2014 (KEW PA 20)
          d) Laporan tindakan surcaj/tatatertib aset alih kerajaan tahun 2014 (KEW PA 32)
          e) Laporan tahunan pelupusan stok tahun 2014 (KEW PS 20)
          f) Laporan tahunan kehilangan dan hapuskira stok tahun 2014 (KEW PS 22)         


 3. Sehubungan itu, kerjasama adalah dipohon agar Laporan Pengurusan Aset Alih dan Stor tahun 2014 tersebut dihantar sebelum jam 12 tengahari hari Isnin 29  Disember 2014. Kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, harap maklum.