Selasa, 23 Disember 2014

TINDAKAN SEGERA : PENYEMAKAN LAPORAN BONUS BAGI TAHUN 2014

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

Semua Pengetua & Guru Besar,
Sekolah Menengah & Rendah,
PPD Kinta Selatan.

Tuan,
PEMBAYARAN IMBUHAN TAHUNAN / BAYARAN  KHAS PRESTASI / BAYARAN KHAS CONTRACT FOR SERVICE BAGI TAHUN 2014.

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Adalah dimaklumkan, pejabat ini telah menerima arahan dari JANM berkaitan perkara di atas. Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran bagi tujuan di atas akan dibayar pada 22 Januari 2015 bersekali dengan bayaran gaji bulan Januari 2015

3.        Sehubungan itu, pihak sekolah dikehendaki mengambil laporan bagi tujuan tersebut di Unit Kewangan PPDKS bermula jam 12.00 tengahari pada 24 Disember 2014. Laporan juga akan diberikan melalui email . Sekiranya tuan tidak menerima laporan tersebut, sila berhubung dengan Unit Kewangan PPDKS untuk mengemaskini email sekolah tuan. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:-

3.1 Sila semak amaun Imbuhan Tahunan di Laporan Perkiraan Bonus. Sekiranya  terdapat sebarang perubahan, sila buat pindaan sewajarnya pada hardcopy. Sila potong dan catatkan amaun yang betul dengan menggunakan pen berdakwat merah.

3.2.Bagi pegawai lantikan baru yang gajinya tidak sempat dimasukkan ke dalam sistem payroll, pembayaran bolah dilakukan dengan menggunakan baucar berasingan.

3.3.Bagi kes pegawai bertukar keluar (T42) dan bersara (T49) yang mana gajinya masih diproses dalam payroll di Jabatan lama, bayaran hendaklah dibayar oleh Jabatan lama menggunakan baucar berasingan.

3.4. Bayaran Khas kepada individu Contract For Service akan diberikan sebanyak setengah bulan bayaran perkhidmatan kepada maksimum RM 2,000 dan minimum RM 500 tertakluk kepada syarat-syarat ditetapkan. Sila rujuk surat dari Kementerian Kewangan KK/BP/DS.10(s)10/79/28(S.K.1/2014)(7) bertarikh 26 November 2014 berkenaan Bayaran Khas Contract For Service.

4.         Laporan perkiraan bonus yang telah lengkap disemak, dipinda dan dibuat pengesahan oleh Pengetua / Guru Besar perlu dihantar terus ke Unit Kewangan PPDKS selewat-lewatnya jam 4.00 petang pada 29 Disember 2014 (Isnin) secara hardcopy. Mohon buat pengesahan ‘disediakan oleh’  Pembantu Tadbir dan  ‘Disahkan Oleh’ Pengetua  / Guru Besar. Sila sertakan penyata pengiraan dan slip gaji (sekiranya terdapat perubahan). 

5.         Sekiranya hardcopy bagi Laporan Perkiraan Bonus tidak dihantar tepat pada masanya, kami akan beranggapan bahawa laporan tersebut adalah tepat dan akan menggunakan maklumat pembayaran tersebut untuk memproses bayaran imbuhan tahun 2014.

Sekian, harap maklum.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(NORA BINTI ISMAIL)

Penolong Akauntan , PPD Kinta Selatan