Selasa, 23 Disember 2014
LAPORAN ASET 2014
Pengetua / Guru Besar
Daerah Kinta Selatan
Tuan,
LAPORAN TAHUNAN PENGURUSAN ASET ALIH DAN STOR BAGI TAHUN 2014.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita diminta pihak sekolah menghantar Laporan Tahunan Pengurusan Aset Alih dan Stor bagi tahun 2014. Antara laporan berkenaan:
a) Laporan harta modal dan inventori tahun 2014 (KEW PA-8)
b) Sijil tahunan pemeriksaan harta modal dan inventori tahun 2014 (KEW PA-12)
c) Laporan pelupusan aset alih kerajaan tahun 2014 (KEW PA 20)
d) Laporan tindakan surcaj/tatatertib aset alih kerajaan tahun 2014 (KEW PA 32)
e) Laporan tahunan pelupusan stok tahun 2014 (KEW PS 20)
f) Laporan tahunan kehilangan dan hapuskira stok tahun 2014 (KEW PS 22)
3. Sehubungan itu, kerjasama adalah dipohon agar Laporan Pengurusan Aset Alih dan Stor tahun 2014 tersebut dihantar sebelum jam 12 tengahari hari Isnin 29 Disember 2014. Kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, harap maklum.