Assalamualaikum & Salam
1Malaysia,
Semua Pengetua & Guru Besar,
Sekolah Menengah & Rendah,
PPD Kinta Selatan.
Tuan,
PEMBAYARAN
IMBUHAN TAHUNAN / BAYARAN KHAS PRESTASI / BAYARAN KHAS CONTRACT FOR
SERVICE BAGI TAHUN 2014.
Sukacita saya merujuk kepada perkara
di atas.
2.
Adalah dimaklumkan, pejabat ini telah menerima arahan dari JANM berkaitan
perkara di atas. Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran bagi tujuan di atas
akan dibayar pada 22 Januari 2015 bersekali dengan bayaran gaji bulan Januari
2015
3.
Sehubungan itu, pihak sekolah dikehendaki mengambil laporan bagi tujuan
tersebut di Unit Kewangan PPDKS bermula jam 12.00 tengahari pada 24 Disember
2014. Laporan juga akan diberikan melalui email . Sekiranya tuan tidak menerima laporan tersebut, sila berhubung dengan Unit Kewangan PPDKS untuk mengemaskini email sekolah tuan. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti
berikut:-
3.1
Sila semak amaun Imbuhan Tahunan di Laporan Perkiraan Bonus. Sekiranya
terdapat sebarang perubahan, sila buat pindaan sewajarnya pada hardcopy. Sila
potong dan catatkan amaun yang betul dengan menggunakan pen berdakwat merah.
3.2.Bagi
pegawai lantikan baru yang gajinya tidak sempat dimasukkan ke dalam sistem
payroll, pembayaran bolah dilakukan dengan menggunakan baucar berasingan.
3.3.Bagi
kes pegawai bertukar keluar (T42) dan bersara (T49) yang mana gajinya masih
diproses dalam payroll di Jabatan lama, bayaran hendaklah dibayar oleh Jabatan
lama menggunakan baucar berasingan.
3.4.
Bayaran Khas kepada individu Contract For Service akan diberikan sebanyak
setengah bulan bayaran perkhidmatan kepada maksimum RM 2,000 dan minimum RM 500
tertakluk kepada syarat-syarat ditetapkan. Sila rujuk surat dari Kementerian
Kewangan KK/BP/DS.10(s)10/79/28(S.K.1/2014)(7) bertarikh 26 November 2014
berkenaan Bayaran Khas Contract For Service.
4.
Laporan perkiraan bonus yang telah lengkap disemak, dipinda dan dibuat
pengesahan oleh Pengetua / Guru Besar perlu dihantar terus ke Unit Kewangan
PPDKS selewat-lewatnya jam 4.00 petang pada 29 Disember 2014 (Isnin) secara hardcopy.
Mohon buat pengesahan ‘disediakan oleh’ Pembantu Tadbir dan ‘Disahkan Oleh’ Pengetua / Guru Besar. Sila sertakan penyata pengiraan dan slip gaji (sekiranya terdapat perubahan).
5.
Sekiranya hardcopy bagi Laporan Perkiraan Bonus tidak dihantar tepat pada
masanya, kami akan beranggapan bahawa laporan tersebut adalah tepat dan akan
menggunakan maklumat pembayaran tersebut untuk memproses bayaran imbuhan tahun
2014.
Sekian, harap maklum.
“BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(NORA
BINTI ISMAIL)
Penolong Akauntan , PPD Kinta Selatan