Jumaat, 19 Disember 2014

PENYEDIAAN KEW.8 - IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI TAHUN 2014

Semua Guru Besar
Sekolah Rendah Daerah Kinta Selatan

Tuan / Puan,

PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN (KEW.8) IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.     Dimaklumkan bahawa Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2014 menetapkan bahawa Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut termasuk Cuti Rehat, Cuti Sakit, Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014 layak dibayar Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi pada tahun 2014 yang ditetapkan sebanyak setengah (1/2) bulan gaji atau minimum RM 500.00
  
3.     Sehubungan itu, pihak tuan/puan dipohon untuk menyediakan Kew.8 Imbuhan Tahunan dalam 3 salinan dan mengemukakan Kew.8 tersebut ke PPD Kinta Selatan sebelum 5 Januari 2015. Sila rujuk portal rasmi Jabatan Pendidikan Perak bagi contoh-contoh Kew.8. dan diruangan tarikh disediakan hendaklah dikosongkan.

Sekian, terima kasih.

Unit Perkhidmatan PPDKS