Jumaat, 31 Oktober 2014

EMIS: PENTING - ULANGAN 1, SILA KEMASKINI SEMUA DATA ENROLMEN OKTOBER 2014


Semua, 

Penolong PPD/ Penyelia ICT Daerah
Pengetua/ Guru Besar dan Guru Data Negeri Perak
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM memohon kerjasama semua Guru Data agar dapat melaksanakan kerja kemaskini data ENROLMEN IKUT KELAS seperti Oktober 2014 pada kadar segera. Jika tiada sebarang perubahan, sila klik butang Kemaskini dan butang Simpan agar tarikh akhir kemaskini dipaparkan antara 1 hingga 31 Oktober 2014.
TARIKH AKHIR KEMASKINI DATA ENROLMEN KELAS IALAH 31 OKTOBER 2014
Mohon kerjasama semua PPD memantau kerja kemaskini data enrolmen yang dimaksudkan dan war-warkan dalam portal PPD masing-masing.
 Sekian, terima kasih.
Unit Pengurusan Maklumat,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

Khamis, 30 Oktober 2014

TARIKH AKHIR PENGISIAN MODUL PEREKODAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID (PPPM) 

Kepada,
Semua Pengetua,
Sekolah Menengah Negeri Perak
Tuan,
Mohon kerjasama semua pengetua sekolah menengah negeri Perak untuk memuat turun makluman tersebut melalui pautan yang diberi di bawah ini untuk tindakan segera.
 Sekian, terima kasih.




http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=102&id=2217

Khamis, 23 Oktober 2014

23.10.2014: PENGHANTARAN LAPORAN STATUS PENGGUNAAN SISTEM ESPKWS 2014 DAERAH KINTA SELATAN

Pengetua/Guru Besar,

SK GOPENG JALAN ILMU
SK TG TUALANG
SK AYER ITAM LABU
SK PENGKALAN BAHARU
SK BAKAP
SJKC SIPUTEH
SJKC THUNG HON CHENDRONG
SJKT KAMPAR
SJKT LDG KINTA VALLEY
SJKT CHANGKAT
SMK SERI KAMPAR
SMK SULTAN YUSSUF

PENGHANTARAN LAPORAN STATUS PENGGUNAAN  SISTEM ESPKWS 2014 DAERAH KINTA SELATAN

Merujuk surat KPM.PPDKSPk.400-2 (21) bertarikh 22 September 2014, pihak sekolah telah gagal menghantar borang Laporan Status Penggunaan Sistem eSPKWS serta salinan dokumen berkenaan pada@sebelum 04/10/2014.

2.      Sehubungan itu, mohon pihak sekolah menghantar borang Laporan Status Penggunaan Sistem eSPKWS serta salinan buku tunai & subsidiari eSPKWS dan salinan buku tunai & subsidiari secara manual dari Januari hingga September 2014 pada 24/10/2014 (Jumaat) dengan kadar segera.

3.     Sebarang pertanyaan sila hubungi  Cik Nur Zahirah Binti Zamzuri (Unit Kewangan) PPD Kinta Selatan di talian 014-3481862 @ 05-4671420.

Sekian, terima kasih.

Jumaat, 17 Oktober 2014

17.10.2014 : RACANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) FASA 2 DAN KES CICIR 2014

Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Semua Guru Besar Sekolah Rendah
Negeri Perak.

Tuan,
RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) : FASA 2 DAN KES CICIR TAHUN 2014
Sukacita saya merujuk perkara di atas. Bersama ini dilampirkan surat berkaitan untuk tindakan tuan. 

Sila klik untuk muatturun.
1.      Surat Kes Cicir RMT:


Sekian dimaklumkan terima kasih.

UNIT HAL EHWAL MURID

PPD Kinta Selatan

17.10.2014 : INSTRUMEN BANCIAN KEMUDAHAN PRASARANA DAN PROGRAM SUKAN SEKOLAH (I-KEPS )

Salam 1Murid 1Sukan

Kepada Semua,
Pengetua / Guru Besar
Sekolah Negeri Perak
( UP : Penolong Kanan Kokurikulum )

PELAKSANAAN PENGUMPULAN DATA MELALUI INSTRUMEN BANCIAN KEMUDAHAN PRASARANA DAN PROGRAM  SUKAN SEKOLAH (i-KePS ) BAHAGIAN SUKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI TAHUN 2014

Berikut di lampirkan
1. Surat Siaran Pengisian Instrumen
2. Sistem Aplikasi i-KePS v.1.0-2014  (Sila muat turun di Portal JPN Perak)
    Portal JPN Perak - Klik
3. Senarai Penyelaras i-KePS Negeri Perak

Mohon jasa baik pihak sekolah untuk muat turun  dan melengkapkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan menghantarnya mengikut tarikh yang ditetapkan. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan penyelaras i-KePS di daerah seperti yang telah dilampirkan atau boleh menghubungi Penyelaras Sukan PPD di daerah masing-masing.


Pengisian data instrumen adalah 
wajib bagi semua sekolah di Negeri Perak.
Sekian

Unit Sukan
PPD Kinta Selatan

17.10.2014 : PERMOHONAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) BAGI TAHUN 2014

Semua Guru Besar/Pengetua 
Sekolah-Sekolah Negeri Perak

Tuan,

SURAT PEMAKLUMAN BAGI TUJUAN PEMPROSESAN PERMOHONAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) BAGI TAHUN 2014

Sukacita merujuk perkara di atas.

2.             Adalah dimaklumkan sebarang permohonan KWAPM 2014 yang tercicir tidak akan diproses lagi.

Sekian, dimaklumkan.


Unit Hal Ehwal Murid
PPD Kinta Selatan

Pautan ( klik utk muatturun / lihat )

Pengetua
SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah
SMK Idris Shah, Gopeng

Tuan,

PRESTASI KUNCI MASUK SPA

Dimaklumkan bahawa semua sekolah PTJ yang telah berjaya menghadiri bengkel kunci masuk SPA perlu mengemukakan peratus pencapaian 100% bagi pengemaskinian harta modal dan inventori selaras dengan KewPa-8 manual yang telah dihantar sebelum 30 Oktober 2014.

2. Sehubungan dengan itu, pihak JPN akan mengumpul data pada 1 November 2014 (Sabtu), dan laporan akan dihantar terus kepada BPPA. Prestasi ini dipantau oleh KSU sendiri, dan PTJ yang tidak mencatatkan prestasi 100% akan dikenakan tindakan oleh BPPA. Maka, mohon kerjasama dan jasa baik semua pihak terlibat menyampaikan dan mengusahakan prestasi pencapaian 100% dalam sistem SPA sebelum 30 Oktober 2014. 

3. Seperti yang telah dimaklumkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Aset , JPN pada 7 Oktober 2014, prestasi pendaftaran SPA dalam sistem SPA tidak begitu memberangsangkan.  Manakala, prestasi JPN Perak keseluruhan kini dalam sistem SPA berbanding rekod Kew PA-8 hanyalah 8.3% sehingga kini. JPN Induk berprestasi 134% berbanding rekod KewPA-8 menunjukkan terdapat pendaftaran baru dilaksanakan.

4. Sehubungan itu, pihak tuan dipohon untuk memastikan agar pendaftaran dan pengesahan harta modal dan inventori sekolah tuan mencapai prestasi 100% sebelum 24 Oktober 2014 jam 12.00 tengahari.

Rabu, 15 Oktober 2014

15.10.2014: Mesyuarat Pertandingan Koir Sekolah Rendah 2014

Guru Besar,
Daerah Kinta Selatan

Tuan,

MESYUARAT PERTANDINGAN KOIR SEKOLAH RENDAH DAERAH KINTA SELATAN 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan seperti ketentuan berikut :
           
 Tarikh             : 20 OKTOBER 2014 (ISNIN)
                Masa             : 2.30 petang
             Tempat           : BILIK MESYUARAT SK SENTOSA,KAMPAR

3.   Sehubungan itu, tuan diminta menghantar  seorang guru  ke mesyuarat yang akan diadakan untuk penyelarasan tugas dan membincangkan isu serta membuat keputusan bersama yang berkaitan. Sila hubungi Penolong Kanan Kokurikulum sekolah berkenaan untuk penyertaan.
Sila muat turun surat untuk makluman dan tindakan tuan.
Terima kasih

15.10.2014 : PEMBEKALAN BUKU BAHASA SEMAI TAHUN 5 KEGUNAAN 2015

Guru Besar
KODSEK
NAMA
ABA2040
SK AYER DERNAK
ABA2048
SK POS DIPANG
ABA8238
SK SUAK PADI
Tuan,
SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
PESANAN DAN PEMBEKALAN BUKU TEKS BAHASA SEMAI TAHUN 5

Sukacita merujuk perkara di atas. Bersama ini dilampirkan surat dan lampiran untuk tindakan tuan.
2. Tarikh akhir pembekalan 27 November 2014
Sila Klik :

Sekian dimaklumkan terima kasih.
UNIT HAL EHWAL MURID 
PPD Kinta Selatan

Selasa, 14 Oktober 2014

14.10.2014:Portal Rasmi Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan.

Kepada:
Semua Warga Pendidikan
Daerah Kinta Selatan.


Tuan,
Portal Rasmi Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan.

Dengan segala hormatnya, maklumat dan hebahan boleh dilihat melalui portal rasmi PPD Kinta Selatan dengan melayari alamat sesawang berikut:



2.   Walau bagaimanapun, tuan puan juga dinasihatkan melayari portal rasmi dan infoppdks sehingga portal ini siap 100% dibina dan tidak ada gangguan.

Sekian, terima kasih.

Isnin, 13 Oktober 2014

13.10.2014 : KUTIPAN DATA KWAPM DSA T2 HINGGA T6 BAGI TAHUN 2015



Kepada
Guru Besar-Guru Besar
BIL
NAMA SEKOLAH
1
SK TOH INDERA WANGSA AHMAD
2
SK ST. BERNADETTE'S CONVENT
3
SK DE LA SALLE, KAMPAR

2.       Mohon kepada sekolah-sekolah yang berkenaan hantar ‘softcopy’ senarai pencalonan KWAPM tahun 2 – tahun 6 2015 menerusi email, sila hantar dalam kadar segera menerusi email myzaredzuan8076@gmail.com pada atau sebelum Jam 10 pagi 13 Oktober 2014. ‘Hardcopy’ yang telah disahkan oleh pentadbir, sila hantar ke PPDKS segera ( Pos ).

4.       Kepada sekolah yang telah menghantar, Pihak HEM mengucapkan Tahniah dan Jutaan Terima Kasih atas kerjasama tuan-tuan dan puan-puan berikan. Anda bertindak Cemerlang.

Sekian, terima kasih

Sabtu, 11 Oktober 2014

13.10.2014 : PERINGATAN MESRA 2 ( KUTIPAN DATA KWAPM DSA T2 HINGGA T6 BAGI TAHUN 2015

Guru Besar
BIL
NAMA SEKOLAH
1
SK CHANGKAT TUALANG 
2
SK KUALA DIPANG
3
SK KAMPAR
4
SK TOH INDERA WANGSA AHMAD
5
SK POS DIPANG
6
SK ST. BERNADETTE'S CONVENT
7
SK DE LA SALLE, KAMPAR
8
SJKC SUNGAI DURIAN


 Tuan,
KUTIPAN DATA / SENARAI NAMA PENCALONAN KWAPM DATA SEDIA ADA ( DSA ) TAHUN 2 HINGGA TAHUN 6 BAGI TAHUN 2015.
Sukacita saya merujuk perkara di atas.
2.         Adalah dimaklumkan bahawa sekolah tuan/puan masih lagi belum menghantar senarai nama pencalonan penerima KWAPM bagi tahun 2 hingga tahun 6 untuk tahun hadapan (2015).
3.         Untuk makluman, Tarikh akhir kutipan data berkenaan telah pun berakhir pada 6 Oktober 2014. Sehubungan itu, sekolah tuan/puan diminta ( dalam keadaan segera ) untuk emailkan senarai pencalonan berkenaan menggunakan borang rumusan KWAPM ( sila rujuk blog infoppdks.blogspot.com bertarikh 17.9.2014 untuk contoh borang ). Emailkan ke alamat email myzaredzuan8076@gmail.com SEBELUM JAM 10.00 PAGI, 13 OKTOBER 2014.

- SK Changkat Tualang, SK Pos Dipang dan SJKC Sg Durian. Mohon hantar softcopy..Hardcopy telah diterima
4.         Kelewatan tuan/puan amat dikesalkan. Mohon hubungi pegawai berkenaan untuk maklumat lanjut.
5.         Tahniah kepada semua sekolah yang telah menghantar mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
UNIT HAL EHWAL MURID
PPD Kinta Selatan

Jumaat, 10 Oktober 2014

10.10.2014: Pengambilan Murid Ting 1 Sekolah Seni 2015

Guru Besar Daerah Kinta Selatan
Tuan
PENGAMBILAN MURID TINGKATAN 1 KE SEKOLAH SENI MALAYSIA SESI 2015

Disertakan surat daripada JPN Perak untuk Pengambilan Murid Tingkatan 1 ke Sekolah Seni 2015. Sekolah tuan digalakkan menghantar sekurang-kurangnya 10 murid. Murid yang tiada asas seni juga boleh memohon. Pencalonan ini penting bagi menyokong JPN Perak untuk pembinaan Sekolah Seni di Negeri Perak.

2. Sila hantar borang sebelum 26 Oktober 2014 ke PPD Kinta Selatan untuk perhatian Shahori Mohamad Esa, Penolong PPD Kokurikulum Akademik Kinta Selatan.

Kerjasama dan tindakan tuan diucapkan terima kasih

Shahori Mohamad Esa
Pen. PPD Kokurikulum Akademik,
PPD Kinta Selatan




10.10.2014: Jemputan Karnival EIMARACE 2014

Pengetua dan Guru Besar Daerah Kinta Selatan

Tuan

JEMPUTAN KE KARNIVAL KEMAHIRAN DAN EDUCATIONAL INNOVATIVE MOTORSPORT AND AUTOMOTIVE RACE 2014

Dipanjangkan surat dari JPN Perak untuk pihak tuan mengambil tindakan Karnival yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
     Tarikh     : 18 dan 19 Oktober 2014
     Masa       : 9.00 Pg - 4.00 Ptg
     Tempat   : Litar Pulau Dato' Sagor, Kg Gajah, Perak

Sila muat turun surat untuk tindakan tuan.

Terima Kasih

Shahori Mohamad Esa
Penolong PPD Kokurikulum Akademik
PPD Kinta Selatan



Dipanjangkan juga surat Jemputan Program Pusat Seni 06/2014



10.10.2014 : PERINGATAN MESRA : PENCALONAN KWAPM DSA TAHUN 2 HINGGA TAHUN 6 2015.

Kepada

Pengetua dan Guru Besar
Daerah Kinta Selatan

PERINGATAN MESRA : PENCALONAN KWAPM DSA TAHUN 2 HINGGA TAHUN 6 2015.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Mohon kepada sekolah-sekolah yang belum hantar ‘softcopy’ senarai pencalonan KWAPM tahun 2 – tahun 6 2015 menerusi email, sila hantar dalam kadar segera menerusi email myzaredzuan8076@gmail.com pada atau sebelum Jam 10 pagi 13 Oktober 2014. ‘Hardcopy’ yang telah disahkan oleh pentadbir, sila hantar ke PPDKS segera ( Pos ).

3.       Mohon pentadbir / PK/GPK HEM semak data permohonan yang disediakan sebelum tanda tangan data tersebut. ( didapati ada sekolah mencalonkan murid yang tidak layak terima KWAPM dan pentadbir mengesahkan tanpa semak )

4.       Kepada sekolah yang telah menghantar, Pihak HEM mengucapkan Tahniah dan Jutaan Terima Kasih atas kerjasama tuan-tuan dan puan-puan berikan. Anda bertindak Cemerlang.


Sekian, terima kasih

Khamis, 9 Oktober 2014

09.10.2014 : SENARAI NAMA PENERIMA KWAPM TAHUN 1 DAN TINGKATAN 1 2014 DAN SENARAI TERCICIR DSA TAHUN 2 HINGGA TAHUN 6 2014.

Kepada
Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Kinta Selatan
( U.P. PK/GPK HEM / PT )
SK - TAHUN 1
BIL
NAMA SEKOLAH
1
SK PENGKALAN BAHARU
2
SK GOPENG, TAMAN GOPENG BARU
3
SK GUNUNG PANJANG
4
SK CHANGKAT TUALANG
5
SK TUALANG SEKAH
6
SK MALIM NAWAR
7
SK KUALA DIPANG
8
SK KAMPAR
9
SK BUKIT PEKAN
10
SK AIR HITAM LABU
11
SK SUNGAI ITEK
12
SK TOH INDERA WANGSA AHMAD
13
SK SIPUTEH
14
SK TRONOH
15
SK KG. SERI RAHMAT
16
SK TANJUNG TUALANG
17
SK AYER PAPAN
18
SK CHANGKAT TIN
19
SK BAKAP
20
SK AYER DENAK
21
SK SENTOSA
22
SK SERI JAYA
23
SK SULTAN YUSUFF
24
SK ST. BERNADETTE'S CONVENT
25
SK SERI TRONOH
26
SK GOPENG, JALAN ILMU
27
SK METHODIST (ACS) KAMPAR
28
SK DE LA SALLE, KAMPAR
29
SK ST. PAUL, TG. TUALANG

SJKC - TAHUN 1
BIL
NAMA SEKOLAH
1
SJKC SIPUTEH, SIPUTEH
2
SJKC KAMPUNG BALI
3
SJKC YUK KWAN
4
SJKC BEMBAN
5
SJKC THUNG HON, CHENDERONG
6
SJKC THUNG HON, TG. TUALANG
7
SJKC SUNGAI DURIAN
8
SJKC KAMPUNG TIMAH
9
SJKC NEW KOPISAN
10
SJKC MAN MING
11
SJKC YING SING
12
SJKC SIN MIN, SG. SIPUT (S)
13
SJKC PEI YUAN, KAMPAR
14
SJKC KAMPAR GIRLS
15
SJKC CHUNG HUAH
16
SJKC MAMBANG DI AWAN
17
SJKC YU YING,MAMBANG DIAWAN
18
SJKC SIN MIN, TRONOH MINES.

SJKT - TAHUN 1
BIL
NAMA SEKOLAH
1
SJKT CHANGKAT
2
SJKT TRONOH
3
SJKT GOPENG
4
SJKT METHODIST, MALIM NAWAR
5
SJKT LADANG KINTA VALLEY
6
SJKT LADANG KOTA BAHROE
7
SJKT MAMBANG DI AWAN
8
SJKT KAMPAR
9
SJKT LADANG KAMPAR

SEKOLAH MENENGAH - TINGKATAN 1
BIL
NAMA SEKOLAH
1
SMK SERI KAMPAR
2
SMK SENTOSA
3
SMK SERI TEJA
4
SMK SULTAN YUSUFF
5
SMK ST. BERNADETTE'S CONVENT
6
SMK PEI YUAN
7
SMK KAMPAR
8
SMK TOH INDERA WANGSA AHMAD
9
SMK METHODIST (ACS) KAMPAR
10
SMK IDRIS SHAH, GOPENG
11
SMK DATO' BENDAHARA CM YUSUF

Perkara di atas adalah dirujuk.
2.       Dilampirkan ; ( sila muatturun senarai nama berkenaan )
2.1. SENARAI NAMA yang telah diluluskan oleh Bahagian Kewangan KPM bagi penerima KWAPM Senarai Data Sedia Ada ( DSA ) TAHUN 1 dan TINGKATAN 1 bagi tahun 2014.

2.2.         SENARAI NAMA yang telah diluluskan oleh Bahagian Kewangan KPM bagi SENARAI TERCICIR Murid TAHUN 2 HINGGA TAHUN 6 2014.

3.       Mohon pihak sekolah mematuhi arahan seperti tercatat dalam para 4 dan para 5 surat Bahagian Kewangan KPM KP(BKEW/BT)1900-2/9/2 Jld.10 (5) bertarikh 24 September 2014.

4.       Senarai rasmi ( hardcopy ) dan salinan surat, mohon tuan/puan atau wakil untuk mengambilnya di kaunter PPD Kinta Selatan ( segera )

Sekian, terima kasih.
Penyelia Bantuan
Unit Pembangunan Kemanusiaan, PPDKS