Jumaat, 31 Oktober 2014

EMIS: PENTING - ULANGAN 1, SILA KEMASKINI SEMUA DATA ENROLMEN OKTOBER 2014


Semua, 

Penolong PPD/ Penyelia ICT Daerah
Pengetua/ Guru Besar dan Guru Data Negeri Perak
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM memohon kerjasama semua Guru Data agar dapat melaksanakan kerja kemaskini data ENROLMEN IKUT KELAS seperti Oktober 2014 pada kadar segera. Jika tiada sebarang perubahan, sila klik butang Kemaskini dan butang Simpan agar tarikh akhir kemaskini dipaparkan antara 1 hingga 31 Oktober 2014.
TARIKH AKHIR KEMASKINI DATA ENROLMEN KELAS IALAH 31 OKTOBER 2014
Mohon kerjasama semua PPD memantau kerja kemaskini data enrolmen yang dimaksudkan dan war-warkan dalam portal PPD masing-masing.
 Sekian, terima kasih.
Unit Pengurusan Maklumat,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak