Jumaat, 3 Oktober 2014

03.10.214:EMIS: PENGEDARAN UTILITI SEMAK OPSYEN GURU


SEGERA


Semua,
Pengetua/ Guru Besar dan Guru Data 
Daerah Kinta Selatan.

Selaras dengan program pelabelan guru melalui data EMIS Online, kerjasama semua Guru Data dimohon agar menyemak kembali kelulusan serta opsyen ikhtisas dan akademik menggunakan Utiliti Semak Opsyen Guru versi 1.0.0. Sehubungan dengan itu;
1. Sila muat turun surat punca kuasa di ruangan "attachments file" di bawah.
2. Sila muat turun Utiliti dimaksudkan DI SINI
3. Instal utiliti, semak ralat, perbetulkan ralat dan JANA semula label guru.
4. Menghantar cetakan semakan ralat (setelah diperbetulkan) ke PPD masing-masing sebelum atau pada 15 Oktober 2014.

PERHATIAN : Semua sekolah Daerah Hilir Perak dan Hulu Perak dikehendaki muat turun semula utiliti ini kerana berlaku penambahbaikan. Kesudian semua Guru Data daripada 2 daerah ini melaksanakan pengujian utiliti semak opsyen diucapkan ribuan terima kasih dan sangat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Unit Pengurusan Maklumat,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak