Khamis, 9 Oktober 2014

09.10.2014:PELAKSANAAN DASAR KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (DKICT) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DAN SEKOLAH DI NEGERI PERAK

Semua Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Perak,
Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah Negeri Perak,
Tuan,
PELAKSANAAN DASAR KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (DKICT) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DAN SEKOLAH DI NEGERI PERAK
Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling ICT KPM Bilangan 1 Tahun 2011 – Dasar Keselamatan ICT (DKICT) KPM bertarikh 16 November 2011. Dokumen DKICT ini telah dikemaskini kepada Versi 2.0 pada 19 Mac 2012. Semua Ketua Jabatan/ Bahagian/ agensi di KPM perlu memastikan setiap pegawai dan kakitangan bawahannya membaca, memahami dan mematuhi peraturan-peraturan menggunakan aset teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti yang terkandung dalam DKICT.
3.         Sehubungan dengan itu, pihak tuan dipohon untuk menyemak dan mengesahkan pelaksanaan arahan tersebut dalam kalangan pegawai/ pentadbir sekolah/ guru/ staf bawah pentadbiran masing-masing. Surat siaran beserta lampiran Surat Pematuhan DKICT boleh dimuat turun di ruangan attachments di bawah.
4.                 Laporan yang telah lengkap (seperti format Lampiran B) hendaklah dihantar pada atau sebelum 22 Oktober 2014 ke lokasi yang ditetapkan mengikut aturan berikut :
JABATAN/ AGENSI
LOKASI PENGHANTARAN
  1. Pejabat Pendidikan Daerah
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) JPN Perak
  1. Sekolah Harian
Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Pejabat Pendidikan Daerah
5.         Sebarang pertanyaan berkenaan pelaksanaan DKICT ini, boleh hubungi pegawai bertanggungjawab Puan Suhana Binti Mohd Alias, Pegawai Teknologi Maklumat, Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pendidikan Perak di talian 05-501 5199 atau melalui alamat emelsuhana.malias@moe.gov.my.
Sekian, terima kasih.
Unit Perkhidmatan Teknikal,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)