Khamis, 9 Oktober 2014

09.10.2014:MAJLIS PENERANGAN DAN PENDAFTARAN KEAHLIAN PERSATUAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID SEMENANJUNG MALAYSIA NEGERI PERAK

Kepada
Semua Pembantu Pengurusan Murid PPM
Daerah Kinta Selatan

Tuan,

MAJLIS PENERANGAN DAN PENDAFTARAN KEAHLIAN PERSATUAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID SEMENANJUNG MALAYSIA NEGERI PERAK

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada surat J.Pen.Pk(AM)4494/5 Jld.3(43) berhubung perkara di atas.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan tiada halangan untuk membenarkan pihak tuan untuk menghadiri majlis tersebut. Walau bagaimanapun kebenaran tersebut hendaklah mematuhi perkara berikut :-

          i)     Tertakluk kepada kebenaran dan pelepasan dari Pengetua/Guru Besar sekolah
         ii)     Tidak mengganggu tugas hakiki di sekolah

Sekian, terima kasih