SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah
SMK Idris Shah, Gopeng
Tuan,
PRESTASI KUNCI MASUK SPA
Dimaklumkan
bahawa semua sekolah PTJ yang telah berjaya menghadiri bengkel
kunci masuk SPA perlu mengemukakan peratus pencapaian 100% bagi
pengemaskinian harta modal dan inventori selaras
dengan KewPa-8 manual yang telah dihantar sebelum 30 Oktober 2014.
2. Sehubungan dengan itu,
pihak JPN akan mengumpul data pada 1 November 2014 (Sabtu), dan laporan
akan dihantar terus kepada BPPA. Prestasi ini dipantau oleh KSU
sendiri, dan PTJ yang tidak mencatatkan
prestasi 100% akan dikenakan tindakan oleh BPPA. Maka, mohon kerjasama
dan jasa baik semua pihak terlibat menyampaikan dan mengusahakan
prestasi pencapaian 100% dalam sistem SPA sebelum 30 Oktober 2014.
3. Seperti yang telah
dimaklumkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Aset , JPN pada 7
Oktober 2014, prestasi pendaftaran SPA dalam sistem SPA tidak begitu
memberangsangkan. Manakala, prestasi
JPN Perak keseluruhan kini dalam sistem SPA berbanding rekod Kew PA-8
hanyalah 8.3% sehingga kini. JPN Induk berprestasi 134% berbanding rekod
KewPA-8 menunjukkan terdapat pendaftaran baru dilaksanakan.
4. Sehubungan itu, pihak tuan dipohon untuk memastikan agar pendaftaran dan pengesahan harta modal dan inventori sekolah tuan mencapai prestasi 100% sebelum 24 Oktober 2014 jam 12.00 tengahari.