Daerah Kinta Selatan
Tuan,
LAPORAN PENGURUSAN ASET ALIH SUKU TAHUN KE-3 DAN MINIT MESYUARAT PENGURUSAN ASET ALIH KE-3 2014
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita diminta pihak sekolah menghantar Laporan Pengurusan Aset Alih Suku Tahun Ke-3 dan Minit Mesyuarat Aset Alih Suku Tahun Ke-3 sebelum 23 September 2014 (Selasa).
3. Pihak sekolah diminta menghantar salinan Laporan Pengurusan Aset Alih Suku Tahun Ke-3 dan mengisi data menggunakan aplikasi Google Chrome seperti berikut:
Akaun : asetppdks110@gmail.com
Kata laluan : asetppdks110
Password : passwordaset
4. Sekolah yang disenaraikan berikut diminta menyemak data sebelum dihantar kerana data Laporan Pengurusan Aset Alih Suku Tahun Ke-2 meragukan.
1. SK. Gunung Panjang 8. SK. Malim Nawar
2. SK. Ayer Hitam Labu 9. SK. Sungai Itek
3. SK. Bakap 10. SK. Sentosa
4. SJKC Bemban 11. SJKC Pei Yuan
5. SJKC Chung Huah 12. SJKT Tronoh
6. SJKT Gopeng 13. SJKT Ladang Kinta Valley
7. SJKT Kampar 14. SMK Kampar
5. Disamping itu pihak sekolah juga diminta menyatakan sama ada pernah melakukan pelupusan atau tidak pada aplikasi tersebut.
6. Sehubungan itu, kerjasama adalah dipohon agar Laporan Pengurusan Aset Alih Suku Tahun Ke-3 tersebut dihantar dan diisi pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Zulkarnain bin. Dahari di talian 054671421/0195522775. Kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, harap maklum.