Rabu, 17 September 2014

17.09.2014 : BAYARAN TERCICIR TERTANGGUNG 2014

Semua Pengetua 
Sekolah Menengah Kebangsaan
Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
Negeri Perak
Tuan,

BAYARAN TERCICIR TERTANGGUNG 2014

Sukacita merujuk perkara di atas.
Bayaran Tercicir Tertanggung Tahun 2014 telah berjaya di kreditkan ke akaun murid pada 2 September 2013. Semakan kami mendapati hampir kesemua murid yang tercicir bayaran tertanggung 2014 adalah disebabkan kegagalan pihak sekolah untuk mengemaskini murid tertanggung berkenaan dalam sistem APB semasa proses pengemaskinian. Bersama-sama ini dilampirkan senarai nama murid yang berjaya dibuat bayaran tercicir tertanggung 2014 ( sila klik untuk pautan JPN Perak. Klik muatturun di Portal JPN Perak ).
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Perak berharap perkara ini tidak berulang pada masa-masa akan datang.

Sekian, terima kasih. 

Ahmad Kamal Ariff Bin Ahmad Amin.
PSU (Bt)7
Bahagian Kewangan
Aras 7, Blok E12, Parcel E
Kementerian Pendidikan Malaysia