Rabu, 10 September 2014

10.09.2014:DOKUMEN PENTING PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN (PDP) BAGI JAWATAN YANG TERLIBAT DALAM PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN DI BAWAH PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 HINGGA 35 TAHUN 2013


Semua
Sekolah Menengah dan Rendah
Daerah Kinta Selatan

Tuan,

DOKUMEN PENTING PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN (PDP) BAGI JAWATAN YANG TERLIBAT DALAM PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN DI BAWAH PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 HINGGA 35 TAHUN 2013

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk dan surat J.Pend.Pk.(AM)4396/3/5(9) bertarikh 9.9.2014 adalah berkaitan. (sila rujuk portal JPN Perak )

2.     Sehubungan itu semua sekolah rendah dan menengah dikehendaki menambah senarai dokumen sokongan untuk tujuan pengesahan dalam perkhidmatan. Dokumen tambahan yang perlu dihantar :-

                        2.1   Surat Tawaran Opsyen yang disahkan

3.     Salinan dokumen yang telah lengkap hendaklah dihantar ke PPD Kinta Selatan pada atau sebelum 12.9.2014 untuk tujuan semakan sebelum dipanjangkan ke SPP.

4.     Atas perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih

Sekian, terima kasih

Unit Perkhidmatan PPDKS