Selasa, 23 September 2014

23.09.2014: LAPORAN PENGURUSAN ASET ALIH SUKU TAHUN KE-3 DAN MINIT MESYUARAT PENGURUSAN ASET ALIH KE-3 2014

Pengetua / Guru Besar
Daerah Kinta Selatan

Tuan,
LAPORAN PENGURUSAN ASET ALIH SUKU TAHUN KE-3 DAN MINIT MESYUARAT PENGURUSAN ASET ALIH KE-3 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.    Sukacita diminta pihak sekolah yang belum menghantar Laporan Pengurusan Aset Alih Suku Tahun Ke-3 dan Minit Mesyuarat Aset Alih Suku Tahun Ke-3 sila berbuat demikian SEBELUM     26 September 2014 (Jumaat).

3.    Pihak sekolah diminta menghantar salinan Laporan Pengurusan Aset Alih Suku Tahun Ke-3 dan WAJIB MENGISI DATA menggunakan aplikasi Google Chrome seperti berikut:
                                                     Akaun         : asetppdks110@gmail.com
                                                     Kata laluan  : asetppdks110
                                                     Password    : passwordaset

4.    Di samping itu pihak sekolah juga diminta menyatakan sama ada pernah melakukan pelupusan atau tidak pada aplikasi tersebut.

5.    Sehubungan itu, kerjasama adalah dipohon agar Laporan Pengurusan Aset Alih Suku Tahun  Ke-3 tersebut dihantar dan diisi pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Zulkarnain bin. Dahari di talian 054671421 / 0195522775. Kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, harap maklum.