Pengetua dan Guru Besar
Daerah Kinta Selatan
Tuan,
MEMOHON MAKLUMAT PENGETUA DAN GURU BESAR YANG BELUM MENGIKUTI KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN (KKPP) ATAU KURSUS KHAS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN (KKKPP).
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan merujuk kepada surat J.Pel.Pk(AM)4283 JLD.51( ) bertarikh 9.9.2014 dan surat KPM. IAB.600-3/2/1(04) bth. 28.8.2014 Sehubungan itu, mohon kerjasama semua Pengetua dan Guru Besar yang belum mengikuti kursus tersebut untuk melengkapkan borang pencalonan ( Lampiran B dan C ) yang dilampirkan.
3. Borang maklumat yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke PPDKS (Unit Latihan dan Kemajuan Staf) sebelum 25.9.2014 tanpa gagal untuk dikumpulkan sebelum dipanjangkan ke Jabatan Pendidikan Perak
Sekian, terima kasih.
Unit Latihan dan Kemajuan Staf PPDKS