Semua Guru Besar
Sekolah Rendah Daerah Kinta Selatan.
Tuan,
KURSUS KELESTARIAN GURU LINUS 2.0 LITERASI BAHASA MALAYSIA DAN NUMERASI TAHUN 1 NEGERI PERAK TAHUN 2014.
Sukacita dimaklumkan perkara di atas.
2. Dengan ini dimaklumkan bahawa sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Perak akan mengadakan kursus seperti di atas seperti ketetapan di bawah :
Literasi Bahasa Malaysia - Tarikh dan Tempat : 22 September 2014 / Rumah Rehat Kampar
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Pakaian : Rasmi
Numerasi - Tarikh dan Tempat : 23 September 2014 / Rumah Rehat Kampar
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Pakaian : Rasmi
3. Sehubungan dengan itu , mohon kerjasama tuan untuk membenarkan seorang guru Tahun 1 Literasi Bahasa Malaysia dan Matematik Tahun 1 untuk hadir ke kursus tersebut.
4. Sila pastikan guru berkenaan membawa satu salinan muka hadapan buku bank atau slip akaun bank untuk tujuan tuntutan perjalanan.
5. Sila muat turun surat arahan yang dilampirkan, kerjasama tuan sangatlah dihargai.
Sekian terima kasih.