Selasa, 23 September 2014

23.09.2014 : PEMBUKAAN TALIAN SEMENTARA APB 2014

Semua Pengetua 
Sekolah Menengah Kebangsaan
Daerah Kinta Selatan

Tuan,

RAYUAN PEMBUKAAN SEMULA APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN (APB) UNTUK BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) TAWARAN BARU 2014

Dengan hormatnya saya diarah merujuk surat email dari Bahagian Kewangan,KPM  bertarikh 22 September 2014 mengenai perkara di atas.

2.             Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah bersetuju untuk membuka semula talian APB untuk tujuan pengemaskinian data permohonan baru BKPU tawaran baru 2014 untuk tempoh dua (2) hari sahaja iaitu pada 22-24 September 2014. Sebarang permohonan tarikh baru untuk pengemaskinian data selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan lagi.

Sekian.

Darpada
Unit Hal Ehwal Murid, JPN Perak
P/S : SMK SERI KAMPAR, SILA SEMAK