Selasa, 23 September 2014

23.09.2014 : BIASISWA TUNAS GELIGA

Semua Pengetua 
Sekolah Menengah Kebangsaan
Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
Negeri Perak

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)
Negeri Perak

Tuan,

PROGRAM BIASISWA TUNAS GELIGA

Dengan hormatnya saya diarah merujuk surat KP(BPSH-SPDK)201/002?01?Jld.265(54) bertarikh 17 September 2014 mengenai perkara di atas.

2.             Bersama surat ini dipanjangkan surat dari Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai Jalinan Kolaboratif Pelaksanaan Program Peneraju Tunas Geliga Antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB). Semua permohonan adalah secara atas talian di alamat http://penerajuedu.com mulai 7 September hingga 30 September 2014.

3.        Permohonan biasiswa ini terbuka kepada murid Bumiputera Tahun 6. Permohonan dibuat secara atas talian di sesawang http://penerajuedu.com dari 7 September hingga 30 September 2014. Mohon pihak sekolah membantu murid yang berminat untuk membuat permohonan.

 4.       Syarat-Syarat ;
i.        Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera
ii.       Bersekolah di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan                    
iii.      Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan
iv.      Aktif dalam kokurikulum
v.        Mempunyai bakat kepimpinan
vi.       Bersedia ditempatkan di sekolah berasrama
vii.      Bersedia untuk mengikuti semua aktiviti pembangunan murid sepanjang
tempoh penajaan YPPB


Unit Hal Ehwal Murid, JPN Perak