Khamis, 25 September 2014

25.09.2014 : EDARAN BULETIN SEJARAH TINGKATAN 4 & LIMA EDISI 3/2014.

Kepada
Semua Pengetua Sekolah Menengah
Daerah Kinta Selatan.

EDARAN BULETIN SEJARAH TINGKATAN 4 & 5 EDISI 3/2014.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) menerusi Bahagian Buku Teks ( BBT ) sedang mengedarkan Buletin Sejarah Tingkatan 4 & 5 Edisi 3/2014 melalui Pejabat Pendidikan Daerah. Setiap sekolah menengah akan mendapat 10 set Buletin tersebut.

3.       Sehubungan itu, mohon pihak sekolah menghantar wakil untuk mengambil buletin tersebut. Sila rujuk petugas kaunter PPD Kinta Selatan untuk tujuan mengambil bulletin berkenaan. Kerjasama pihak tuan amat kami alu-alukan.

Sekian, terima kasih.