Jumaat, 28 November 2014

PELAKSANAAN UJIAN SARINGAN 1 TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB TAHUN 2015

KEPADA

SEMUA GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN

DAERAH KINTA SELATAN


PELAKSANAAN UJIAN SARINGAN 1 TAHFIZ MODEL 

ULUL ALBAB TAHUN 2015


BERIKUT MAKLUMAT PELAKSANAAN UJIAN


TARIKH : 1.12.2014 ( ISNIN )

MASA : 9.00 PAGI HINGGA 10.00 PAGI

TEMPAT: SMK KAMPAR




Penghantaran Pra PATSKOM bagi tahun 2014




Semua Pengetua / Guru Besar
Sekolah Daerah Kinta Selatan




Adalah saya diarah merujuk kepada perkara di atas.


2.         Sehubungan dengan itu, mohon pihak tuan dapat menghantar laporan pra PATSKOM (01.01.2014- 31.10.2014) dan Laporan eSPKWS bagi sekolah tuan selewat-lewatnya sebelum atau pada 05 Disember 2014 ke Unit Kewangan , PPD Kinta Selatan.

3.         Laporan hendaklah dalam bentuk  'hardcopy'  satu salinan sahaja.  Bagi sekolah rendah muka hadapan berwama kuning manakala sekolah menengah berwama biru.

4.         Mohon kerjasama tuan dalam memastikan sekolah tuan menghantar laporan ini tepat pada masanya bagi membantu tindakan penambahbaikan dapat dibuat sebelum laporan dihantar untuk tujuan pengauditan.
 

Sebarang kemusykilan sila hubungi Unit Kewangan PPD Kinta Selatan di talian 05-4671420.


Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan saya ucapkan ribuan terima kasih.

*Sila muat turun surat berkaitan







Isnin, 24 November 2014

24.11.2014: PENYERAHAN KEPUTUSAN UPSR TAHUN 2014

Assalamualaikum dan Salam Perak Amanjaya,

Semua Guru Besar,
Sekolah Rendah Daerah Kinta Selatan

Tuan,

Penyerahan Keputusan UPSR Tahun 2014 Daerah Kinta Selatan

Dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan UPSR Tahun 2014 akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 26 November 2014 , jam 10.00 pagi. Sehubugan itu, tuan dikehendaki hadir ke Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan untuk mengambil keputusan tersebut seterusnya menyerahkan kepada calon UPSR sekolah tuan. Sila hadir pada ketetapan berikut:

                    Tarikh : 26 November 2014 (Rabu)
                    Masa   : 9.00 pagi
                    Tempat: Bilik Mesyuarat Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan

2.                 Di atas kerjasama dan keperhatinan tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Unit Penialaian dan Peperiksaan,
Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan

LAPORAN PENGURUSAN ASET ALIH SUKU TAHUN KE-4 & MINIT MESYUARAT ASET KE-4 2014.


Pengetua / Guru Besar
Daerah Kinta Selatan.

Tuan,
Laporan Pengurusan Aset Alih Suku Tahun Ke-4 dan Minit Mesyuarat Pengurusan Aset Alih Ke-4, 2014.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.      Sukacita diminta pihak sekolah menghantar Laporan Pengurusan Aset Alih Suku Tahun ke-4 dan Minit Mesyuarat Aset Alih Suku Tahun ke-4 2014 SEBELUM  ISNIN,15 DISEMBER 2014.

3.      Pihak sekolah diminta menghantar salinan Laporan Pengurusan Aset Alih Suku Tahun ke-4 dan mengisi data menggunakan aplikasi  google chrome seperti  berikut:
                                                       Akaun        : asetppdks110@gmail.com
                                                       Kata laluan : asetppdks110
                                                       Password   : passwordaset 
        Klik pada lambang apps di bahagian atas penjuru kanan dan kemudian klik pada lambang drive. Key-in data pada fail Laporan Pengurusan Aset Alih Suku Tahun Ke-4.

4.     Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Zulkarnain bin Dahari 05-4671421/0195522775. Kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

Semua Pengetua / Guru Besar
Sekolah Daerah Kinta Selatan

Tarikh Akhir Pengemaskinian eSPKWS dan Penghantaran Baucer Gaji Guru Ganti dan POL

Mohon tuan surat di bawah bagi menjelaskan maksud tersebut.


Sekian ,terima kasih

Jumaat, 21 November 2014

21.11.2014: BICARA PROFESIONAL BERSAMA PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Semua Pengetua dan Guru Besar
Daerah Kinta Selatan.

Tuan,

BICARA PROFESIONAL BERSAMA PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.     Sukacita dimaklumkan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan akan mengadakan Bicara Profesional bersama Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak seperti ketentuan berikut:

     Tarikh   :   27 November 2014
     Masa    :   2.00 petang
     Tempat :   DEWAN KEMAS, GOPENG
     Tetamu Kehormat :   Tn. Hj. Idris bin Hj. Ramli PMP, AMP
                                     Pengarah Pendidikan Negeri Perak

3.     Sehubungan dengan itu, mohon semua Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran  hadir untuk mendengar amanat yang akan disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Perak sempena persaraan beliau.

4.     Surat panggilan yang terdahulu bertarikh 18 November 2014, Bil. KPM.PPDKSPk.600-1 (94 ) adalah DIBATALKAN.

Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Khamis, 20 November 2014

20.11.2014 : BUKU KESIHATAN MURID DAN PENGEDARAN POSTER PROMOSI JOM MASUK ASRAMA

Kepada

Pengetua dan Guru Besar
Daerah Kinta Selatan.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak sedang mengedarkan Poster Promosi Jom Masuk Asrama kepada semua sekolah menerusi PPD. Sehubungan itu dipohon tuan/puan untuk menghantar wakil untuk mengambil poster berkenaan di kaunter PPD Kinta Selatan pada atau sebelum 28 Disember 2014.


3.         Pihak sekolah yang memerlukan Buku Rekod Kesihatan murid juga boleh mengambil buku berkenaan di PPD Kinta Selatan mengikut bilangan yang diperlukan. Sila berhubung dengan Encik Johari bin Kassim untuk tujuan pengambilan buku tersebut.

Sekian, terima kasih 

20.11.2014 : TAKLIMAT PEMANTAPAN KEHADIRAN MURID DALAM SPS UTK PK/GPK HEM KINTA SELATAN.

Kepada

Pengetua dan Guru Besar
Daerah Kinta Selatan.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Pihak PPD Kinta Selatan dengan kerja sama PKG Daerah akan mengadakan taklimat untuk memantapkan pengurusan kehadiran dalam SPS oleh Pihak sekolah.

3.         Maklumat taklimat dalah seperti di bawah;

                        3.1. Tarikh : 02 Disember 2014
                        3.2. Tempat : Bilik Mesyuarat SK TIWA, Batu Gajah
                        3.3. Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 ptg
                        3.4. Pakaian : Kerja
                        3.5. Sasaran : PK/GPK Hem


4.         Sila muatturun surat panggilan di bawah.


20.11.2014 : PENGAMBILAN BUKU PANDUAN PELAKSANAAN P. ISLAM & RANCANGAN PELAJARAN TAHUN 4



Assalamulaikum wbt dan Salam Sejahtera

Guru Besar

SK/SJKC/SJKT  Daerah Kinta Selatan.

PENGAMBILAN BUKU PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN ISLAM & RANCANGAN PELAJARAN TAHUN 4

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk

2.  Adalah dimaklumkan Buku Panduan Pelaksanaan Pendidikan Islam & Rancangan Pelajaran Tahun 4 , ada di Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan. Mohon tuan maklumkan kepada ketua panitia Pendidikan Islam /wakil untuk mengambil bahan tersebut di Unit Pendidikan Islam PPD Kinta Selatan.

3.   Sebarang pertanyaan mengenainya, sila hubungi Pn Norazan Bt Awang Teh di Unit  Pendidikan Islam PPD Kinta Selatan di talian 05 4650521. Kerjasama tuan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian , terima kasih
Unit Pendidikan Islam