Assalamulaikum wbt dan Salam Sejahtera
Guru Besar
SK/SJKC/SJKT Daerah Kinta Selatan.
PENGAMBILAN BUKU PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN ISLAM & RANCANGAN PELAJARAN TAHUN 4
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk
2. Adalah dimaklumkan Buku Panduan Pelaksanaan Pendidikan Islam & Rancangan Pelajaran Tahun 4 , ada di Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan. Mohon tuan maklumkan kepada ketua panitia Pendidikan Islam /wakil untuk mengambil bahan tersebut di Unit Pendidikan Islam PPD Kinta Selatan.
3. Sebarang pertanyaan mengenainya, sila hubungi Pn Norazan Bt Awang Teh di Unit Pendidikan Islam PPD Kinta Selatan di talian 05 4650521. Kerjasama tuan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian , terima kasih
Unit Pendidikan Islam