Jumaat, 7 November 2014

07.11.2014 : PENGEMASKINIAN DATA APDM

Semua Pengetua
Sekolah Menengah
Negeri Perak.
 Semua Guru Besar
Sekolah Rendah
Negeri Perak.

PENGEMASKINIAN APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM) BAGI PERSEDIAAN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015
Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah perlu membuat pengemaskinian maklumat murid dan kelas di dalam APDM bagi persediaan persekolahan Tahun 2015. Mohon kerjasama tuan untuk memastikan Admin Sekolah bagi APDM melaksanakan tugas ini tanpa gagal.
Pengemaskinian ini penting kerana data ini akan digunakan untuk aplikasi-aplikasi lain terutama pendaftaran peperiksaan awam pada tahun 2015 dan penetapan murid yang layak menerima biasiswa.
Sehubungan dengan itu, disertakan bersama surat arahan daripada KPM dan JPN untuk maklumat tindakan seterusnya oleh pihak sekolah. Sila “klik” ruangan attachment di bawah untuk proses muat turun surat tersebut.

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat