Selasa, 11 November 2014

PROJEK PENGHASILAN BUKU MAKLUMAT SEKOLAH, PROFIL GURU DAN BUKAN GURU DAERAH KINTA SELATAN

Pengetua Sekolah Menengah

Guru Besar Sekolah Rendah


Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa projek penghasilan Buku Maklumat Sekolah, Profil Guru dan Bukan Guru adalah bertujuan bagi memastikan urusan perkhidmatan seperti Pengesahan Pelantikan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen anggota perkhidmatan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia(SPP) adalah teratur dan kemaskini.

3.     Memandangkan projek ini perlu dilaksanakan segera, tuan/puan diminta untuk melengkapkan maklumat di Lampiran A dan Lampiran B ( Sila muat turun attachment Lampiran A dan B melalui portal rasmi Jabatan Pendidikan Perak).

4.    Lampiran A dan B yang telah lengkap hendaklah di kemukakan ke PPD Kinta Selatan pada atau sebelum 14 November 2014 ( UP. Unit Perkhidmatan)

5.     Kerjasama tuan adalah amat dihargai

Sekian, terima kasih

Attachments:
Download this file (Projek Buku Maklumat Sek, Guru, BGuru.pdf)Projek Buku Maklumat Sek, Guru, BGuru.pdf[ ]878 kB