Selasa, 4 November 2014

05.11.2014 : SEGERA: 47 SEKOLAH DIMOHON HADIR KE BTPN KERANA GAGAL LAKSANA MODUL KEHADIRAN MURID SPS

Semua Pengetua dan Guru Besar berkenaan,
JPN Perak telah dimaklumkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), KPM sehingga 30 Oktober 2014 masih terdapat sebanyak 47 buah sekolah masih GAGAL melaksanakan kerja-kerja pengisian kehadiran murid dalam Modul Kehadiran Murid, Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Pengisian ini sepatutnya dilaksanakan sebaik sahaja taklimat selesai diberikan awal bulan Oktober 2014 lalu.
Sehubungan itu, kerjasama semua Pengetua dan Guru Besar berikut dimohon untuk mengarahkan Guru Data (Admin 1) dan Guru Penyelaras Bestari/ Guru ICT (Admin 2) hadir ke taklimat yang akan diadakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak (BTPN) seperti ketentuan berikut;

Tarikh                : 5 hingga 7 November 2014
Tempat              : BTPN Perak Tasek Damai, Ipoh
Masa                  : 9.00 pagi hingga 5 petang
Pendaftaran       : 8.30 Pagi 5 November 2014
PERINGATAN: Sila bawa bersama komputer riba serta data profil semua guru, staf dan murid.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Noor Azman Shah bin Mohd Yussof (05-2924933/4955 sambungan: 166) atau Encik Mohamad Faizal Bin Ibrahim (05-2924933/4955 sambungan:168) untuk urusan penginapan dan sebagainya.
Sila muat turun turun SENARAI SEKOLAH seperti Attachments di bawah.
Sekian, terima kasih.

b.p: Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak (BTPN)