Semua Pengetua dan Guru Besar
Daerah Kinta Selatan.
Tuan,
BICARA PROFESIONAL BERSAMA PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI PERAK
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan akan mengadakan Bicara Profesional bersama Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak seperti ketentuan berikut:
Tarikh : 27 November 2014
Masa : 2.00 petang
Tempat : DEWAN KEMAS, GOPENG
Tetamu Kehormat : Tn. Hj. Idris bin Hj. Ramli PMP, AMP
Pengarah Pendidikan Negeri Perak
3. Sehubungan dengan itu, mohon semua Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran hadir untuk mendengar amanat yang akan disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Perak sempena persaraan beliau.
4. Surat panggilan yang terdahulu bertarikh 18 November 2014, Bil. KPM.PPDKSPk.600-1 (94 ) adalah DIBATALKAN.
Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.