Khamis, 20 November 2014

20.11.2014 : PEMANTAUAN PERSEDIAAN PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2015

Semua Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Perak 
Semua Pengetua Sekolah Negeri Perak 
Semua Guru Besar Sekolah Negeri Perak

Tuan/Puan,

PEMANTAUAN PERSEDIAAN PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 
Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.
 2.         Dengan ini dimaklumkan bahawa pemantauan persediaan penggal persekolahan akan dilaksanakan untuk memastikan semua sekolah bersedia untuk memulakan persekolahan pada tahun 2015 tanpa sebarang isu atau masalah. Pemantauan akan dilaksanakan mulai 15 Disember hingga 31 Disember 2015.
 3.         Sehubungan itu, semua sekolah diminta melengkapkan instrumen pemantauan tanpa gagal. Instrumen tersebut perlu diserahkan kepada pemantau semasa pemantauan dilaksanakan di sekolah tuan. Semua perkara dalam instrumen perlu dipastikan telah dibuat tindakan mulai 17 November 2015 ( sebelum pemantauan ).
 4.         Instrumen pemantauan boleh dimuat turun (download) melalui portal JPN Perak. Kerjasama semua pihak sangat diharapkan bagi memastikan murid-murid dapat belajar mulai dari hari pertama persekolahan tahun 2015.
 Sekian terima kasih. 
Sektor Pengurusan Sekolah 

b/p Pengarah Pendidikan Perak