KEPADA
Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Kinta
Selatan.
PELAKSANAAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN
(RMT) DI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2015.
Surat KPM KP(BKEW/BT)1910/RMT/A5 Jld.20(35)
bertarikh 30 Oktober 2014 adalah dirujuk.
2. Mohon semua sekolah rendah ( PK/GPK HEM ) memuatturun
surat siaran Pelaksanaan RMT 2015 di sekolah-sekolah di bawah.
3. Sila patuhi surat siaran berkenaan.
Mohon edarkan borang permohonan RMT kepada murid yang layak.( Borang permohonan
adalah seperti yang dilampirkan bersama surat siaran ) Surat/borang permohonan
tersebut hendaklah dianalisis dan disimpan sebagai bukti murid itu layak.
4. Mohon pihak sekolah hantar Bilangan
Penerima RMT yang layak ke PPD Kinta Selatan u.p Penyelia HEM ( di emailkan,
guna format tahun lepas ) pada atau sebelum 21/11/2014.