Khamis, 6 November 2014

Pengetua dan Guru Besar
Daerah Kinta Selatan

Tuan,

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME WARGA PENDIDIK DAERAH KINTA SELATAN

Dengan segala hormatnya merujuk surat kami KPM.PPDKSPk.500-10 Jld.2 (34,35,36) bertarikh 3 November 2014

2.     Sehubungan itu, dimaklumkan hanya seorang guru setiap sekolah (mengikut subjek)ditetapkan wajib hadir kursus berkenaan mengikut ketentuan seperti berikut :-

              11 November 2014 - Guru Matematik Tahun 1 dan Tingkatan 1
              12 November 2014 - Guru Bahasa Malaysia Tahun 1 dan Tingkatan 1
              13 November 2014 - Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 1 dan Tingkatan 1

Sekian, terima kasih.