Selasa, 18 November 2014

18.11.2014 : PENGAUDITAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT ) OLEH JABATAN AUDIT NEGARA DI NEGERI PERAK 2015.

KEPADA
Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Kinta Selatan.

PENGAUDITAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT ) OLEH JABATAN AUDIT NEGARA DI NEGERI PERAK 2015.

Surat JPN Perak J.Pel.Pk.(Kew) 3490 (10) bertarikh 4/11/2014 dan Surat Daripada KPM KP(BKEW/BT)1910/RMT/A5 Jld.18(34) bertarikh 30 Oktober 2014 adalah dirujuk.

2.       Mohon semua sekolah rendah ( SK, SJKC dan SJKT ) untuk membuat persediaan untuk pengauditan ini khusus untuk RMT yang akan melibatkan fail, data, maklumat-maklumat RMT, kewangan RMT dan yang berkaitan bagi tahun 2012, 2013 dan 2014. Semua maklumat RMT hendaklah/harus mematuhi peraturan, garis panduan dan prosedur kewangan yang sedang berkuatkuasa.

3.       Pengauditan / pemantauan ini akan bermula pada bulan Januari 2015 di negeri Perak.


4.       Surat arahan dan makluman, sila muatturun.....