Khamis, 6 November 2014

PERMOHONAN JAWATAN PENOLONG KANAN SEKOLAH RENDAH GRED DGA32 ( KUP ) KE GRED DGA32 HAKIKI TAHUN 2014

Semua Guru Besar,
SK/SJKC/SJKT
Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan.

Tuan,
PERMOHONAN JAWATAN PENOLONG KANAN SEKOLAH RENDAH GRED DGA32 ( KUP ) KE GRED DGA32 HAKIKI TAHUN 2014

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Perak akan melaksanakan temuduga bagi guru-guru yang berada di Gred DGA32 ( KUP ) untuk ditawarkan ke jawatan Penolong Kanan Sekolah Rendah Gred DGA32 Hakiki.

3. Sehubungan itu, Pejabat ini memohon kerjasama tuan/puan Guru Besar bagi mengenalpasti guru-guru di bawah tadbiran tuan/puan yang layak dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan instruksional yang telah mencapai tahap prestasi 85% ke atas bagi tahun penilaian 2011, 2012 dan 2013. Temuduga dijangka akan diadakan sebelum pertengahan bulan November 2014 ini.

4. Kerjasama tuan/puan juga dipohon memaklumkan kepada guru-guru menghebahkan makluman ini kepada guru-guru yang layak. Surat dan borang permohonan serta syarat-syarat boleh dimuat turun seperti di bawah.


Sekian, terima kasih.


Lampiran: (klik utk muat turun)